Taklimat Tender Malaysia Airports Di Renai Hotel

Taklimat Tender Malaysia Airports Di Renai Hotel

Nov 29, 2024

Taklimat Tender Malaysia Airports di Renai Hotel

Pada 26 November 2024, satu taklimat tender bertemakan Commercial Reset: Re-Shaping Retail Experience anjuran Malaysia Airports telah berlangsung dengan meriah di Grand Ballroom, Renai Hotel. Acara ini berjaya menarik perhatian ramai usahawan dan pelabur tempatan yang berminat untuk menyertai projek Open Direct Marketing bagi Lapangan Terbang Kota Bharu, Sultan Ismail Petra (KBR).

Peluang Baharu di Lapangan Terbang Kota Bharu

Projek ini membuka ruang kepada usahawan untuk mempamerkan jenama mereka di lokasi strategik, iaitu di lapangan terbang yang merupakan pintu masuk utama pelancong dan penduduk tempatan. Ia juga dilihat sebagai peluang emas untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan promosi produk tempatan.

Dengan sokongan yang memberangsangkan, usaha Malaysia Airports dalam mentransformasikan pengalaman runcit di lapangan terbang ini dijangka dapat mencetuskan impak positif terhadap pembangunan sektor pelancongan dan perniagaan di kawasan tersebut.


Follow Us

Our Album