Nutriland Herbs and Healthy ditubuhkan pada 8 May 2017 dan kini telah dinaik taraf kepada Nutriland (M) Sdn Bhd dengan memegang no pendaftaran SSM (1428974-W). Kami adalah syarikat bumiputra yang beroperasi di Negeri Kelantan Darul Naim. Kami mendapat bimbingan dari MARA, FAMA & Matrade MALAYSIA.
Nutriland (M) Sdn Bhd menjalankan perniagaan memproses dan membekal ubatan tradisional, kosmetik dan keperluan pet. Selain itu, Nutriland (M) Sdn Bhd juga memberi latihan dan motivasi serta memberi latihan keusahawanan. Sekarang ini, Nutriland (M) Sdn Bhd mengorak langkah lebih jauh kerana telah berjaya menjadi pengeluar bagi produk-produk OEM.
Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu dan pengalaman berkaitan penyediaan dan pembuatan minyak aromatherapi dan minyak urut tradisional daripada keluarga sendiri, tukang-tukang urut tradisional dan juga pakar-pakar formula dari universiti-universiti terpilih untuk menguasai ilmu pembuatan secara langsung dan tidak langsung. Pengasas memiliki sijil kursus dari LSBF London untuk mendalami ilmu bahasa dalam bidang perniagaan (Business Language) dan Keusahawanan serta ingin menggabungkan semua ilmu, pengalaman dan kemahiran pada diri untuk menubuhkan Nutriland (M) Sdn Bhd
Jenama Nutriland kini telah didaftarkan dengan MYIPO dan telah mendapat TM sebagai harta intelek.
Sebahagian besar produk-produk Nutriland yang dihasilkan adalah dari minyak essential terpilih yang diadun dan disediakan mengikut formula yang natural dari alam semulajadi. Kelebihan produk-produk Nutriland bermula dari aspek pemilihan bahan ramuan yang digunakan adalah yang terpilih dan bermutu tinggi, bahan mentah yang terjamin kesegarannya serta amat menitikberatkan aspek halal dan kebersihannya. Ia diadun mengikut sukatan yang menepati intipati sebenar formula dan boleh disesuaikan dengan pelbagai keperluan.
Di Nutriland (M) Sdn Bhd kami berusaha memenuhi dasar penggunaan dalam islam sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu : Halal, Baik, Berkualiti dan Tidak membawa kemudharatan kepada fungsi tubuh mental manusia serta bahan itu selari dengan keperluan fitrah manusia.
Oleh itu kami di Nutriland (M) Sdn Bhd berusaha mengikut garis panduan barang gunaan halal yang mempunyai 4 asas utama iaitu:
1. Sama ada bahan itu sendiri halal.
2. Sama ada bahan yang didapati adalah daripada sumber yang halal.
3. Ramuan/ kandungan yang digunakan tidak merbahaya kepada pengguna tersebut, sebagai contoh : tidak menggunakan bahan dari punca haiwan dan bahan kimia yang terlarang.
4. Proses, penyimpanan, pembungkusannya tidak bercampur dengan yang Haram.
Hari ini, Nutriland (M) Sdn Bhd boleh berbangga kerana telah berjaya membantu sebahagian kecil rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan untuk peniaga kecil. Meskipun pada awalnya, hanya sebuah perusahaan kecil di rumah (home made) yang ditubuhkan bagi menjana ekonomi pada permulaannya, namun pengasas yakin bahawa Nutriland (M) Sdn Bhd akan berjaya mengorak langkah lebih jauh menjadi satu industri yang lebih gah dan berprestij dengan operasi kini telah berpindah ke kilang di Kawasan Industri Mara (KIM) di Pengkalan Chepa. Terima Kasih kepada pihak MARA kerana memberi peluang kepada kami.
Berkat sokongan daripada semua pihak kami sudah bersedia menjadikan produk ini sebagai satu warisan Malaysia yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa pula. Terima Kasih kepada Matrade Malaysia yang telah menyenaraikan syarikat kami di dalam senarai usahawan Matrade. Akhir kata, Nutriland (M) Sdn Bhd amat berbesar hati dengan agen-agen dan pelanggan-pelanggan sedia ada yang terus memberi memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami. Kepada semua bakal pelanggan pula, syarikat kami berjanji dengan sepenuh hati untuk menjadi pembekal produk terbaik untuk anda semua .
Sekian, wasallam
Nutriland