Minyak Aromatique ZAFARAN keluaran dari syarikat Nutriland (M) Sdn Bhd adalah syarikat bumiputra yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang. Gabungan dari pati haruman bunga-bungaan Za’Faran atau bunga Saffron. Minyak Aromatique Nutriland telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no pendaftaran NOT210900986K
Minyak Aromatique Za'faran membantu melancarkan peredaran darah. Dengan kandungan papermint atau pati pudina dan pati bunga-bungaan yang berkualiti. Kita sememangnya tahu Khasiat Daun Pudina memang telah dikaji semenjak dahulu lagi kerana kandungan bahan di dalamnya sangat membantu dalam kesihatan manusia. Di antara spesis iaitu Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata) adalah di antara yang dikenal pasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot. Kesan ini amat sesuai untuk mereka yang aktif dalam sukan atau pun mereka yang keletihan atau telah berumur.
Daun Pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Terdapat juga amalan dimana minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.
Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya. Dalam kaedah aromatherapy, ekstrak dari daun pudina diambil, kebiasaannya setitik minyak pati menyamai 30 titik minyak rebusan pudina itu sendiri. Nilai herbanya lebih tinggi, bermenthol, namun kesan bau dan kepekatannya tidak sesuai digunakan terus pada kulit. Oleh kerana itu maka syarikat Nutriland Herbs & Healthy telah berusaha keras menghasilkan Minyak Aromatique yang terbaik yang boleh terus disapu pada kulit. Minyak Aromatique Zafaran boleh digunakan oleh semua peringkat umur.
Selain dari pati pudina Minyak Aromatique Zafaran dari syarikat Nutriland (M) Sdn Bhd juga mengandungi pati bunga seperti pati rose, lemon, dan Saffron. Kami memilih Minyak essensial mawar (rose essential oil) dibuat dengan mengekstrak Rosa damascene. Ia sangat bermanfaat untuk mengurangkan despresi anxiety.
Jarang sekali orang setelah mencium bunga mawar, seseorang kemudian tidak tersenyum, sebaliknya, mereka akan memberi tindak balas betapa bunga mawar menaikkan kembali semangat mereka. Ia mampu merawat emosi seseorang supaya lebih tenang dan gembira. Ia juga membantu untuk kesehatan kulit
Pati mawar sebenarnya sangat bermanfaat kepada kulit. Pada tahun 2010, peneliti Cina telah menerbitkan jurnal yang menyatakan minyak mawar (rose oil) memiliki kekuatan pembunuh bakteria lebih kuat dibandingkan dengan 10 minyak esensial lainnya. Mereka juga telah berjaya menemukan setelah lima minit terdedah pada 0,25 persen larutan minyak mawar, Propionibacterium acnes (bakteri bertanggung jawab untuk jerawat) benar-benar boleh dihapuskan. Ini bermakna Minyak Aromatique dari syarikat Nutriland Herbs & Healthy ini juga dapat membantu merawat bintik-bintik gatal dan gigitan serangga.
Jika Anda menderita jerawat, cubalah sapu satu titik minyak esensial mawar pada jerawat tiga kali sehari. Pastikan Anda menggunakan kapas muka. Jika patinya terlalu kuat, campurkan minyak mawar dengan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun
Alasan lain menggunakan minyak esensial mawar untuk kesihatan kulit adalah karena kemampuan luar biasa untuk meningkatkan kebolehtelapan (keelektromagnetan) kulit. Ilmuwan Jerman menjelaskan dalam artikel tahun 2010, salah satu aspek paling menarik dari minyak esensial mawar adalah ketika ditambahkan ke produk kecantikan dan produk kulit, minyak mawar membantu membuka pori-pori kulit sehingga mampu menyerap lebih banyak nutrisi.
Manakala kelebihan Saffron pula berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam adalah seperti dibawah:
- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
- Sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.
- Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).
- Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.
- Bengkak hati atau hipatitis A dan B.
- Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
- Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
- Menambahkan tenaga zahir dan batin.
- Masalah mati pucuk dan sembelit.
- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
- Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam buku rujukan menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda dan tubuh badan.
Jadi kami kumpulkan semua manfaat ini di dalam satu botol menjadi Minyak Aromatique Za'Faran. Untuk mendapatkan Nutriland Minyak Aromatique ni boleh hubungi kami di email: [email protected] atau no tel yang tertera diatas.