Pakar Kata Tidur Pakai Stokin Bagus Untuk Kesihatan

Pakar Kata Tidur Pakai Stokin Bagus Untuk Kesihatan

Dec 31, 2019

Pakar Kata Tidur Pakai Stokin Bagus Untuk Kesihatan.
Adakah anda mengamalkan tidur pakai stokin?

Tapi tahukah anda tidur dengan stokin boleh membantu tidur lebih cepat daripada biasa. Ini kerana perubahan suhu adalah bahagian penting untuk kitaran tidur. Tidur adalah sebahagian perkara penting dalam kehidupan setiap orang, manusia menghabiskan masa hampir sepertiga untuk tidur.

Institut Kesihatan Kebangsaan mengatakan bahawa tidur adalah penting untuk fungsi otak dan tubuh yang normal. Kebanyakan orang mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa. Satu helah yang mereka tidak pernah cuba ialah tidur dengan memakai stokin.

Stokin bantu tidur

Memakai stokin semasa tidur mungkin boleh menyebabkan kekeringan kaki tetapi Minyak Za’Faran dapat membantu mengelakkan kulit kaki menjadi kering. Pada hakikatnya, rutin ini boleh membantu mengawal suhu dalaman tubuh.

Kajian 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam. Ia mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.

Tidur dan suhu badan

Suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.

Suhu badan secara beransur-ansur meningkat pada siang hari, memuncak pada waktu petang ketika orang merasa terjaga dan berwaspada. Kemudiannya menurun pada waktu malam, menyebabkan seseorang berasa mengantuk. Apabila seseorang mula tidur, suhu badan akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.

Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ini boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 ° F.

Lebih nyaman lagi jika kaki disapu dengan Minyak Aromatique Za’Faran. Ia bukan sahaja menghangatkan tetapi dapat membantu membuang angin di dalam badan. Jadi, sekarang boleh mula amalkan tidur malam pakai stokin dan menyapu Minyak Aromatique Za’Faran. Cubalah anda akan dapat menikmati perbezaannya.


Follow Us

Our Album